Sunday, August 1, 2010

cerita casra 1 : pertemuan

 kuala lipis (2012)

Casra bersyukur dengan keputusan UPSR yang diperolehinya.orang yang paling gembira sudah tentu ayahnya,En.Amran.disebabkan terlalu gembira En.Amran sanggup drive dari pejabat ke sekolah semata mata nak tengok result casra.masa tu Allah saja yang tau betapa casra rasa syukur dapat berikan sesuatu buat ayahnya.walaupun jauh disudut hati casra terdapat banyak sangat perkara yang disimpan.terlalu banyak rahsia yang kedua orang tuanya tak tau.mungkin kerana itu casra lebih cepat matang berbanding rakan-rakan yang lain.kehidupan casra penuh dengan pengorbanan yang orang lain tak mungkin akan nampak.hanya dia dan Allah saja yang tau tentang rahsia itu.

"kak casra....telefon!!",jeritan adiknya dari luar bilik terus mematikan lamunan casra.disimpannya semula slip keputusan didalam fail lalu segera mengatur langkah mendapat kan panggilan.

"Hello,Assalammualaikum.",sapa casra.
"waalaikummussalam.oi kenal aku tak??hehe."
"sape ni?tak cam ah...tapi macam rara je..betul ker?",
"a'ah..aku lah ni...jom pegi rumah Cikgu Aina nak?lepas tuh pergi rumah siti dengan aiman..sebab diorang kata nak pergi raya rumah orang kaya sebelah umah cikgu aina tu..nak tak?untung-untung dapat duit raya.."
"boleh je..aku pon tengah bosan ni...pukul berapa nak pergi?"
"siap-siap..lepas tu keluar lah..kau datang rumah nenek aku dulu lah...aku kat sini ni.ok?"
"pegi rumah nenek kau?seganlah...em,tapi ok lah..jup lagi aku datang eh".

talian diputuskan.sejak rara pindah sekolah dah jarang mereka berjumpa.oleh sebab itu,casra paksa dirinya untuk pergi beraya bersama rara walaupun macam malas untuk keluar rumah..lagipun hari ni sudah hari raya ke 5..selalunya waktu-waktu macam ni dia lagi senang untuk menghabiskan waktu sehariannya didepan televisyen memandangkan banyak cerita best yang ditayangkan pada hari raya.tapi demi rara,segera dia bersiap.Disarungkan baju kurung kuning cair miliknya.

"kau nampak tudung kuning aku tak?yang aku pakai masa raya pertama tu?",tanya casra pada kakaknya Reen yang juga sedang bersiap untuk keluar.

lain pula Reen dengan casra. Reen seorang yang suka bersolek,lebih feminin jika dibandingkan dengan casra.namun diantara mereka berdua,En Amran lebih percayakan Casra.buktinya,kemana saja Casra ingin keluar dia lebih mudah mendapat keizinan En.Amran berbanding kakaknya.bukan tu je,wajah mereka juga berbeza.kadang-kadang Casra rasa cemburu juga dengan kakaknya.dahlah cantik,putih dan pandai bergaya.tapi dia sebaliknya.dia jenis yang biasa-biasa.suka benda yang lebih simple.namun sikap Casra yang suka berkongsi cerita dengan En.Amran buatkan dia lebih rapat dengan ayahnya berbanding Reen
***************
stesen bas kuala lipis (2012)

"weh,aku kene balik dululah...papa aku message nak datang amik kejap lagi.lepas tu nak terus balik kangar.dia nak amik aku depan public phone sana tu.kau tak pe ke balik sorang?",tanya rara serba salah.
"eh,tak pe lah..bukan nye aku tak biasa.jangan risau lah."
"ok lah macam tuh.aku gerak pergi sana dulu ek..nanti kita jumpe lagi taw..congrats dapat 5A...kan aku dah cakap..kau mesti dapat result lagi ok dari aku..."
"ala..jangan cakap cam tu rara...dah-dah pergi cepat.kang lama papa kau tunggu kang..nanti mesti aku rindu kau..pape hal jangan lupa aku taw..."

rara segera meninggalkan Casra dan gadis itu keseorangan menunggu bas yang akan kerumahnya untuk bergerak.
"ish...mane driver ni.dah lah ramai lelaki atas ni...kang mesti dorang kacau-kacau.",rungut Casra sendiri.

dia rasa kurang selesa apabila tangga dibahagian atas kepalanya itu dipenuh sekumpulan lelaki.mereka mula bising dan menyakat Casra dengan memanggil-manggil dari atas.sikit pon dia tak pandang.Kejap-kejap dia menoleh untuk mencari kelibat pemandu bas kerana dia ingin segera pulang dan tidak senang dengan kehadiran mereka.namun,lama kelamaan mereka berhenti dari terus menyakat Casra dan dia rasa sedikit lega.lalu gadis itu mula beranikan diri untuk mendongak keatas.Dia ingin melihat siapakah lelaki-lelaki yang menyakatnya sebentar tadi.sejurus dia mendongak,sepasang mata sedang tepat memerhatikannya.......

Casra segera mengalihkan pandangan dari terus memandang lelaki yang sedang perhatikannya itu.Jika sebentar tadi dia rasa kurang selesa dengan kehadiran sekumpulan lelaki,tapi kini dia rasa lebih tidak keruan dan malu apabila diperhatikan sebegitu.digenggam jari jemari miliknya.dicubanya untuk berlagak seperti biasa namun seakan tidak kena.segera langkahnya diatur agar dia berada tersorok disebalik bas dan terlindung dari kelibat lelaki itu......Casra sendiri pelik mengapa dengan tiba-tiba tangannya menjadi sejuk.ligat fikirannya cuba untuk mengingatkan kembali siapakah lelaki yang sedang memerhatinya sebentar tadi.....

"oh,tu lah dia orang panggil Kazu kot...abang si Aidil kalau tak silap aku.",bisik hati Casra.

bersambung......

dari penulis : semua orang adalah pelakon yang hebat.apa watak yang sudah diberikan olehNya...handaklah kita selesaikan sebaiknya.kau tak boleh ambil watak aku..begitu juga aku tidak boleh ambil watak kau..kerana skrip kepada watak kita itu adalah rahsia......

4 comments:

oranglidi said...

peh.. bes gak cite ni. matang gila baru 12 tahun dah buleh brdikari cam casra tu.

Reen tu cantik? wawww.. heheehee.

Faaein Talip Roy said...

aku rasa macam dialog2 di atas terlalu 'dewasa' untuk kanak2 yang baru lepas upsr.. pandangan aku ajelah.. kalo ubah jadi pmr.. kena sket kot..

hahaha.. pandangan aku ajelah.. abaikan aje..

apa2 pun bak kata ko.. watak itu adalah rekaan ko.. ko yang tulis.. terpulanglah ko nak buat apa pun kan.. =]

dan... aku dah mula suka nak baca cerita ini.. hehehe.. teruskan lumut.. aku suka..

sambil terbayang-bayang.. aku memegang sebuah novel yang penulis novelnya adalah 'lumut'.. hehehe..

casra said...

yup. itulah watak yang aku cube nak ketengah kan....

casra : matang sebelum usia.

u almost there faaien!

casra said...

oranlidi, reen tu akak die lah.haha..cantik2.