Tuesday, August 10, 2010

cerita casra 2 : call

taman desa sentosa (2012)

"man,kau kenal tak budak perempuan yang kita kacau masa kat bus stand tu??",tanya Kazu.
"ha?yang mana satu ni?ramai sangat pompuan rituh..haha..."
"ala...yang dia lepak bawah tangga pakai baju kurung warna kuning tu la..yang sorang-sorang je...macam familiar ah...rasa macam before ni aku pernah je jumpa die..".
"owh...budak tu ke..memang lah kau pernah jumpa die...die budak sekolah rendah kita dulu kot...junior kite..kalau tak silap aku lah...yang kita jumpa rituh tu adik si Reen...alah Reen awek kesayangan aku tuh..hehe"
"owh...ye ker?sape name die??"
"lah kau ni..aku couple dengan akak die..mane lah aku tau sape name adik die...pehal kau ni??tak kan nak ngurat budak hingusan macam tuh kot..buang tebiat ape...ramai lagi lah yang hot Kazu.... tu ha si Maria tu...bukan kau rapat dengan die ker?aku tengok die pon macam dah syok je kat kau...."
"bising ah..aku kawan je ngan Maria tu...erm,mintak tolong weh....nak nombor fon rumah Reen bleh?"
"kau nak buat aper?",tanya Azman seakan-akan curiga.
"rileks la...bukan aku nak kacau akak dia...aku nak kenal adik dia je.....",jelas Kazu bersungguh.


***************
ditenungnya kipas yang ligat berpusing itu.seligat fikirannya mengimbas peristiwa 3 hari yang lalu.

"heh...lawak lah diorang tu....",bisik Casra seorang diri.teringat dia akan peristiwa di bus stand tempoh hari.sejurus pemandu bas tiba,Casra segera mendapatkan bas untuk kerumahnya dan berharap segera hilang dari pandangan lelaki tersebut....namun tidak disangka bas yang dinaikinya itu turut dipenuhi oleh sekumpulan lelaki yang menyakatnya sebentar tadi.Tibanya Casra dihadapan rumah,segera loceng ditekan lalu turun lah gadis itu dengan langkah yang berhati-hati.

"erk,janganlah aku tersungkur ke..terpijak kain ke...bismillah...",doa Casra didalam hati.
"byeeeee!!!!........",suatu jeritan kuat membuatkan Casra segera berpaling ke arah bas yang dinaikinya sebentar tadi.lelaki-lelaki itu melambai dari atas bas kearah Casra...tersenyum Casra dengan gelagat mereka.namun peristiwa hari itu seakan melekat pada fikirannya walhal tiada apa pon yang dirasakan menarik tentang mereka...tapi,fikirannya tetap laju memunggah memori lama.......

"siapa nama betul die ek??",tanya Casra bertubi-tubi didalam benak fikirannya.


***************
malam tu sama macam malam-malam biasa.TV tak henti-henti mainkan lagu raya memandangkan masih berada di dalam mood raya.Casra kebosanan.ditinggalkannya kaca tv lalu mengatur langkah ke kamar.terdapat kerisauan didalam hati gadis itu apabila dia masih tidak menerima mana-mana tawaran untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh mahupun MRSM.Casra sangat berharap akan menerima tawaran dari salah satu permohonan yang telah dibuatnya.namun sehingga hari ini masih tiada jawapan sedangkan beberapa orang rakannya sudah bergembira menerima tawaran untuk menyambung pelajaran.

"weh,telefon...ada orang nak cakap dengan kau",jerkah Reen di muka pintu.
"ha?sape?bukan didi jerit nama kau sebab kawan kau call ke tadi??",Casra hairan kerana sebentar tadi dia terdengar adiknya menjerit memanggil nama Reen..maknanya telefon yang berbunyi itu adalah panggilan buat Reen.tapi kenapa dia yang dipanggil untuk menjawabnya.
"ntah..jawab je la...",Reen terus berlalu meninggalkan Casra tanpa jawapan.dengan segera Casra bangun untuk mendapatkan panggilan.....

"hello......",sapa Casra perlahan dan teragak-agak.
"hello Assalammualaikum,"sapaan suara garau dicorong telefon.
"waalaikummussalam....erk...erm sape ni??",tanya Casra teragak-agak.dia seolah-olah kelu apabila panggilan itu datangnya dari seorang lelaki.itulah kali pertama dia menerima panggilan dari seorang lelaki selain ahli keluarganya.yang peliknya,jantung Casra berdegup luar biasa.dia terdiam tanpa bersuara.
"ni kawan Azman ni...kenal ke?".tiada respon.Kazu rasakan seperti dia bercakap dengan dirinya sendiri.
"hello......oi hello....",pangil Kazu bertalu-talu.
"erk...ha..ye..ye...ade ni...owh kawan Azman ke..nape call?,"Casra masih bertanya.
"saje...tak boleh ker??hehe.."
"eh..erm ntah..ni kawan yang mane ni?nape call??,"lagi Casra bertanya seakan tiada modal untuk berbual.
"isk kau ni...saje je lah aku nak call..tak kan tak boleh...ni kazu ni...kenal ker?",Kazu sudah memulakan bicaranya dengan memperkenalkan diri kepada Casra.sekadar membahasakan diri kau-aku mungkin akan membuatkan Casra lebih selesa fikir Kazu.
"owh..kazu ker.kau ni abang Aidil ek?yang kat bus stand tuh ker?",tanya Casra mengingatkan kembali peristiwa di bus stand tempoh hari..seingat Casra...Kazu ialah abang kepada Aidil iaitu rakan sekelasnya suatu ketika dulu.masa tu,rakan sekelas yang lain seringkali menyakat Casra.kata mereka Aidil menaruh hati padanya..biasalah cerita budak-budak.Casra cuma anggap itu sekadar gurauan dan sikit pon tidak dipandang serious.namun,sejak Casra lulus Peperiksaan Tahap Satu dan diterima untuk langkau ke darjah 5,dia sudah tidak sekelas lagi dengan Aidil.sejak itu tiada lagi gurauan "Aidil suka kan casra ".

perbualan diputuskan.Casra sendiri tak tahu apa yang dibualkannya dengan Kazu sebentar tadi..Apa yang bermain difikarannya hanyalah peristiwa dimana lelaki itu merenung tepat pada matanya tempoh hari.....dia senyum seorang diri.....

"oh Kazu ke nama dia....,"bisik hati Casra sejurus itu senyum lagi dan lagi.......

bersambung.......

dari penulis : percaya ke pada cinta pandang pertama??

3 comments:

oranglidi said...

aku konfius sket ni.. sarah dgn reen tu orang sama kan?

brani gak si kazu ni kaco casra.

Faaein Talip Roy said...

kazu dah mula mengorak langkah..

cinta pandang pertama? entah.. tak de pengalaman lagi.. hahaha...

casra said...

ORANGLIDI,
sori ade typo error da btolkan da.hee...yep nak sesuatu kene berani lah OL.

FAAEIN,
langkah mesti diambil! aku percaya cinta pandang pertama..eceh..haha