Wednesday, May 25, 2011

cerita casra 3 : jumpa

dek malas mendengar bebelan ibunya Puan Hani,pagi itu Casra bangun awal berbanding adik dan kakaknya..segera dia menjengah ibunya didapur..

"Casra,tolong sidaikan kain dalam washing machine tu..dah berhenti dah tu..Reen dengan Tina tak bangun lagi ker??kang balik abah kau kang bising dia nanti...",tanya ibunya sambil sibuk menggoreng bihun.

"ntah...tadi dah kejut dah....",jawab Casra malas.selesai menjemur pakaian seperti biasa Casra akan menbantu ibunya mengemas ruang tamu.kalau bukan dia yang membantu ibunya,alamat rumah itu tidak berkemas.nak harapkan Tina entah bilalah adiknya itu akan meringankan tulang untuk mengemas.

"dik!!!bangunlah.....mak suruh bangunlah...kang abah bising aku tak suka lah.....",jerit Casra dari luar bilik sambil menyapu.surat khabar yang berselerak diatas sofa disusun satu persatu...pergerakkannya terhenti apabila melihat iklan Universiti Teknologi Petronas pada salah satu ruangan akhbar yang dipegang.iklan itu seolah-olah mencuri tumpuannya.."biasiswa sarjana muda....",bisik hati Casra.dibaca seluruh iklan itu dengan penuh minat...."macam best je ni...peluang ni....",sendirian dia bermonolog.gadis itu menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke universiti idamannya itu suatu hari nanti...helaian akhbar dikutip satu persatu...pergerakkannya tampak malas.biasalah terpaksa bangun awal pagi...Casra merungut.

"Casra,nak keluar tak sabtu ni??pergi kuala lipis jom??",tanya Reen yang baru selesai mandi.
"buat apa??pergi cc (cyber-cafe) ??",teka Casra.
"bukan...em camni...aku nak pergi jumpa Azman,lepas tu.....dia cakap dia ajak Kazu...lepas tu Kazu suruh aku ajak kau..",Casra buat-buat tak faham dengan penjelasan dari kakaknya tu."camne?nak ikut ke tak?...", sekali lagi soalan diajukan buat Casra. Dia terdiam.
******************

selesai makan malam, Casra duduk mengadap tv.sudah tentu drama melayu menjadi pilihannya.dari dulu dialah penonton setia drama melayu sehinggakan En.Amran menggelarkannya pengarah filem.namun jauh disudut hati gadis itu,dia sudah menyimpan impian besar agar suatu hari dia digelar sebagai seorang jurutera.dan mungkin juga seorang doktor??dia masih berkira-kira tentang cita-citanya....sambil menonton tv dia ligat berfikir tentang pelawaan Reen siang tadi...jika dia bersetuju,inilah kali pertama dia keluar bertemu lelaki.dan tanpa Casra sedar inilah permulaan corak perjalanan hidup yang bakal dihadapi oleh gadis itu....Casra baru mula melangkah ke alam remaja.

"nanti kalau dapat masuk asrama penuh nak pergi tak??",tanya En.Amran memecahkan kesunyian.
"eh mesti lah pergi...tapi bila dapat tau sekolah tu dapat ke tak bah??MRSM pon tak dapat apa-apa pon..tapi Iman cucu atok ajar ngaji tu dah dapat dah MRSM.",terdapat kerisauan pada penjelasan Casra.
"nanti kot.nak dekat-dekat bukak sekolah nanti rasanya...nanti dah masuk asrama jangan jadik macam akak kau pulak,menangis-nangis nak balik..buat malu jer...",sinis En.Amran.
"takkan punya....tapi Casra tak nak lah sekolah agama...susah belajar bahasa arab. Reen pon cakap susah...sebab tu die nangis nak keluar dulu...takut tak boleh ikut je la nanti...kalau dulu sekolah agama petang-petang tak pe lah ada basic da..".
"tak cuba lagi dah cakap susah...tapi ikut Casra lah..bukan abah yang nak belajar...kalau Casra rasa boleh bawak,belajar lah betul-betul..tapi kalau dapat sekolah asrama penuh...bagus dah tuh....semua orang berebut nak masuk sana...",seperti biasa En.Amran sudah mula sesi kaunseling....

Ree keluar dari bilik sejurus duduk disebelah Casra."jadi ikut tak sabtu ni?jom ah..",bisik Reen perlahan.
"aku malu lah...nanti kau borak-borak dengan Azman..dah tu aku?", Casra tersenyum-senyum..dia seperti mahu menerima saja pelawaan kakaknya namun jauh disudut hadi gadis itu dia terasa sedikit berdebar.....
"ok lah aku ikut....tapi kaulah cakap dengan abah nak keluar sabtu ni..aku malas....". Casra mengarahkan Reen terlebih dahulu.bukan apa,dia tahu yang ayahnya akan menanyakan beberapa soalan sebelum lulus untuk dilepaskan....begitulah En.Amran..tegas orangnya,seorang  yang berpandangan jauh dan seringkali risau terhadap pelajaran anak-anaknya.namun bagi En.Amran,dia punya kepercayaan yang besar terhadap Casra.baginya casra tidak perlu dilayan seperti budak-budak yang lain...sikap Casra sendiri yang pandai berdikari itu membuka ruang buat En.Amran untuk menarik nafas lega.

********************

pagi sabtu itu selepas sarapan Casra duduk menonton kartun kegemarannya,dragon ball. Casra bukanlah seorang yang meminati cerita kartun,namun dragon ball mendapat tepat dihatinya.setiap hari sabtu dia pasti menjadi penonton setia kartun bersiri itu....

"nak pergi pukul berapa ni??",tanya Casra.dari semalam Casra rasa berdebar untuk keluar menemani Reen.dia tau rasa kurang senang itu wujud kerana beberapa jam lagi dia akan berdepan dengan Kazu. .nama lelaki itu bermain di ruang fikirannya....aiseh.

lepas habis cerita dragon ball, Casra segera bersiap...dia sendiri buntu pakaian apa yang perlu dipakai pagi itu....lepas satu-satu long-sleeve miliknya dibelek..semuanya ada yang tak kena..tiada satu pon dirasakan sesuai..pelik.dia tidak pernah rasa seperti itu sebelum ini.....

********************

"bukan tadi kau pakai t-shirt merah tu ker?apesal plak tiba-tiba tukar....macam apa je keluar pakai baju sama ngan aku",rungut Casra pada Reen apabila terlihat baju yang mereka pakai mempunyai design yang sama..dia cukup tak suka apabila memakai pakain yang sama designnya walaupun baju itu berbeza warna..Casra rasakan memakai pakaian sedondon itu mudah menarik perhatian orang disekelilingnya.dia sangat tidak selesa berada pada situasi begitu.namun pagi ini dia malas mahu bertekak dengan Reen apabila tiba-tiba Reen memilih untuk memakai t-shirt sama seperti yang dipakai Casra."sebok betul la..."Casra merungut tak puas hati.makin bertambah debarannya pagi itu.dalam fikirannya sudah bermain-main topik yang bakal dibualkan ketika bertemu Kazu nanti...dia sudah mula berdebar.rasa kekok bakal dihadapinya...

bersambung......

3 comments:

oranglidi said...

dragon ball memang best.. 2012 dragon ball tayang balek? cayalah.

Faaein Talip Roy said...

aku dah rasa casra ni macam matang dah... hahaha...

casra said...

OL,
imiginasi je tu..haha.

FAAEIN,
there u go...mungkin itu lah watak casra yang penulis cube nak ketengahkan? "matang sebelum usia"