Monday, May 30, 2011

cerita casra 4 : perkenalan

KFC Kuala Lipis (2012)

Tiba saja mereka di KFC, seluruh tubuh Casra rasa seakan-akan beku apabila dia ditinggalkan oleh Reen. Kakaknya itu awal-awal lagi memilih untuk makan berdua bersama Azman dimeja yang berasingan.Lidah Casra kelu. Hanya senyuman yang mampu dilemparkan buat jejaka dihadapannya. Kejap-kejap pandangannya dialihkan keluar cermin kaca itu, dirasakan lebih senang memerhatikan kesesakan jalan raya dari terpaksa berhadapan dengan renungan tajam Kazu.

"Eh, makan la ayam ni...sila-sila...asyik pandang luar je...pecah pulak cermin tu nanti..", Kazu cuba untuk menyakat. Casra cuma tersenyum. Dicapainya fries yang dibeli Kazu.
"Kau kan yang aku jumpe haritu dekat station bus tu? Kau kenal aku ker?", Casra curiga.
"Em nak kate kenal, macam tipu pulak..hehe...tapi apa yang aku tau kau adik Reen dan sekolah dekat sekolah rendah aku dulu...kita pernah satu sekolah...kau budak Sekolah Sentosa kan?"
"A'ah...aku tau kau sekolah sana dulu...kau pengawas dan kau abang Aidil.tu je la aku tau pasal kau pon.... so, kenapa nak jumpe aku?", mereka seakan-akan membalas-balas soalan.
"kau ni..dari haritu tanya kenapa..aku call tanya kenapa, sekarang pon tanya lagi...saje je aku nak berkenalan dengan kau.tak boleh?", Casra diam..dia sekadar mengangguk dan segera mengalihkan pandangannya agar tidak lagi melawan renungan Kazu. Dia terasa malu diperhatikan sebegitu. Pertemuan itu banyak dihabiskan dengan bertukar-tukar cerita tentang pengalaman sekolah dan latar-belakang diri. Casra masih terasa janggal ditinggalkan untuk makan berdua dengan Kazu. Itulah kali pertama dia duduk berbual berdua bersama lelaki. Dari jauh dia perhatikan kakaknya sedang rancak berbual... Casra mengeluh. Dia terasa masa begitu lambat berlalu. Dia mahu segera pulang.

Sedang Casra menjawab soalan demi soalan dari Kazu, kakaknya Reen berjalan kearah meja yang diduduknya.."Kazu, macam mana? kau terima ke cabaran Man tu?", soalan diajukan sambil Reen tersengih penuh makna. Kazu ketawa kecil sambil mengacau-ngacau air coke dihadapannya. Reen berlalu pergi dan persoalan itu ditinggalkan tidak berjawab.

"Cabaran ape?", tanya Casra selepas curiga dengan pertanyaan Reen.
"tak ade ape lah...jom balik...", Kazu cuba menukar perhatian Casra. Dia seakan mahu mengelak.

********************
Jalan raya agak sesak memandang kan hari ini hari Sabtu. Mungkin masih ada diantara warga kota yang menghabiskan sisa-sisa bulan Syawal dengan berjalan melawat saudara-mara. Casra berjalan mengikut langkah Kazu. Dia lebih senang berdiam diri sambil memerhatikan Reen berjalan tidak jauh dihadapannya. Dalam pada itu sempat juga matanya melirik kearah Kazu disebelahnya... " tinggi jugak dia ni....", belum sempat dia melayan monolong hatinya, dia terkedu. Tangannya kini sudah berada dalam genggaman Kazu... Jari jemarinya digenggam erat lalu ditarik Kazu agar Casra mengikut langkahnya. Casra hanya menurut. Dia tidak mampu untuk menolak memandangkan mereka sedang membelah sesakan jalan raya.

Tibanya di seberang jalan, Azman menoleh dan Kazu cuba menunjukkan sesuatu. Diangkatnya tangan Casra yang masih didalam genggaman lalu mereka membalas senyuman. Casra mula menduga sesuatu. Direntap tangan miliknya agar terlerai dari genggaman Kazu.
"kau marah ker? sorry...", Kazu bernada serba-salah.Casra tunduk tidak bersuara.
"Casra...maafkan aku...jangan diam macam ni....sebenarnya bukan sengaja aku nak pegang tangan kau...cuma Azman yang cabar aku. dia kata kalau aku berani dia nak aku pegang tangan kau...",jelas Kazu.
"so, kau dah rasa kau beranilah??"
"bukan macam tu...ok-ok aku mengaku aku salah...aku janji tak buat lagi...maafkan aku kay.."
"emm...ok lah.aku balik dulu kay..lain kali jangan buat lagi.", pesan Casra perlahan.

Casra sedikit terkejut dengan apa yang berlaku.Namun dia maafkan Kazu. Entah kenapa dirasakan seperti mudah sekali mempercayai tutur kata lelaki dihadapannya itu.....

********************

Dua minggu lagi sekolah akan dibuka dan akhirnya pernantian Casra selama ini terjawab apabila dia menerima surat tawaran kesalah sebuah sekolah berasrama penuh dalam negerinya..."Sekolah Menengah Agama Pantai Indah?? isshh..apesal sekolah agama plak ni...tak de plak isi borang harituh pilih agama....", Casra resah. Emosinya sedikit terganggu pagi itu apabila tawaran yang diterimanya bukan seperti yang diduga. Dia teringin sekali untuk menyambung pelajaran ke MRSM mahupun sekolah idamannya Tengku Kurshiah College. Namun perjalanannya selepas ini tidak seperti yang dia idamkan. Mungkin itu yang terbaik buat Casra. Siapa tahu.......

"kalau boleh, Casra tak nak sekolah agama. Casra tak nak ambik bahasa arab", jelas anak ke-5 En.Amran itu.
"jangan macam tu Casra, belum cuba belum tau....sekolah tu bagus, dah lah sekolah asrama penuh..banyak peluang cerah nanti kalau sambung belajar kat situ...", nasihat En.Amran.

Demi harapan ibu dan ayahnya, Casra turutkan juga.. akhirnya dia akur walau itu bukan pilihannya...saudara maranya semua kagum dengan casra, semua orang pon meletak kan harapan pada gadis itu...Casra seringkali dipuji dan menjadi rujukan walaupun sebenarnya dia tidak selesa begitu...dia tidak suke manusia sekelilingnya, juga saudara maranya memandang tinggi terhadapnya. Casra selalu merasakan dia sama seperti sesiapa pon. Sejak dia berjaya Penilaian tahap Satu dan  melangkau kelas darjah 4, dia dilabelkan seorang yang cerdik oleh keluarganya. Namun jauh disudut hatinya, dia hanya seorang yang biasa.tiada apa...2 minggu lagi dia bakal menjejakkan kaki ke alam baru. satu lagi peringkat dimana gadis itu perlu belajar sesuatu.......

bersambung..........

2 comments:

Faaein Talip Roy said...

eh.. kazu tu umur dia berapa?

hehehe.. cepatlah sambung.. tak sabar nak baca dah ni.. casra..

sebutan dia 'kasra' ke 'casra'...

casra said...

FAAEIN,
kazu tu senior casra mase kat sekolah rendah....tua 3 tahun dari casra....tp casrakan lompat PTS..so nnt die form 1 kazu form 3.ok?

sebut kasra.hakhak.