Tuesday, May 31, 2011

cerita casra 5 : kebetulan

Dari jauh Maria terlihat kelibat Kazu baru pulang dari bermain bola. Hatinya bertukar ceria apabila berpeluang bertembung dengan Kazu petang itu. Bagi Maria... dia sangat selesa berkawan rapat dengan lelaki itu kerana sifat Kazu yang suka bergurau dan bersahaja. Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap jirannya itu. Namun sehingga hari ini mereka masih berkawan rapat dan lebih selesa berkongsi cerita tanpa menjalinkan apa-apa hubungan perasaan lebih dari seorang kawan. Maria tidak mahu tergesa-gesa kerana dia seakan percaya pada suara hatinya yang lelaki itu juga menyimpan perasaan terhadapnya. Maria tersenyum sendiri.

" dari mane ni?", tanya Kazu sejurus nampak Maria.
"Jalan-jalan...bosan lah plak duduk rumah...pe cter?lame tak nampak..."
"citer apenye..camni je la..habiskan hari-hari terakhir kat rumah sebelum balik sekolah..."
"Eh jup, semalam aku call Reen...dia cakap adik dia dapat SMAPI...bukan tu sekolah kau ker weh?",tanya Maria ingin kepastian.... Maria dan Reen merupakan kawan karib sejak di sekolah rendah lagi... walaupun mereka sudah tidak berada dalam sekolah yang sama, namun mereka masih berhubung dan bertukar cerita antara satu sama lain...
"ohh ye ke adik die dapat SMAPI...tak tau plak aku..baru tau ke ape?"
"ntah.baru tau la kot....eh kay la aku gerak dulu.da nak maghrib ni...nanti jom la lepak-lepak borak-borak lagi before kau balik asrama..ok?", pelawa Maria.
"no hal..pape nanti roger-roger je lah....hehe", pesan Kazu sebelum berlalu.

Mereka berjalan bertentangan arah..Kazu berjalan sambil fikirannya teringat pada peristiwa dia cuba menerima cabaran Azman untuk memegang tangan Casra. Dia tersenyum kecil apabila kembali mengingat wajah Casra ketika itu namun dia masih rasa bersalah atas tindakannya tempoh hari. Adakah dia masih punya peluang untuk mendekati gadis itu??......

******************

Casra merenung siling kosong biliknya. Bosan memehui ruangan fikiran apabila tiada apa yang boleh dilakukannya diakhir-akhir cuti sekolah itu.. "tak bestnya dapat sekolah agama....kena pakai tudung labuh, belajar bahasa arab, jadik buadak baik...macam mane la ek sekolah tu...." Casra bermonolog.
"Kak Casra telefon...", adiknya memanggil dari luar dan Casra segera bangun menjawab panggilan.
"Hello Assalammualaikum...", Kazu memulakan bicara.
"waalaikummussaalam......rajin telefon?"
"saje je...tengah tak ada kerja nak buat...tengah buat ape?dah makan?"
"tak ada ape pon...baring-baring....bosan jugak lah...dah lame dah makan tadi...", jawab Casra sambil matanya melirik kearah En.Amran yang sedang memerhatikannya. Casra serba salah. Mungkin dia sedar ayahnya perasan perubahan pada dirinya yang sudah kerap menggunakan telefon.
"akak kau tengah buat ape tu??dah tido ke die?", tanya Kazu meneruskan perbualan.
"ni nak tanya akak aku ke nak cakap ngan aku? sejak bila kau dah ganti Azman plak ni?mane Azman?",soal Casra.

"ada ni sebelah aku...hehe...em nak tanya sikit...betul ke kau dapat masuk SMAPI?", giliran Kazu menanyakan soalan.
"eh mane kau tau ni??cepat je kau tau kan...mane tau?"
"em petang semalam aku borak ngan Maria...die cakap kau dapat SMAPI betul ker?"
"em..a'ah...tapi aku tak de la excited pon...aku tak nak pon sekolah tu..sebab sekolah agama..", ngadu Casra.
"ala rileks je la..ok punye...kalau kau nak tau aku sekolah kat situ la...so selamat datang ke SMAPI...hehe...selamat jadik junior aku...dan jangan menangis pulak nanti..", gurau Kazu.
"haha...serious kau sekolah situ??haha..camne lah leh satu sekolah lagi plak kan ngan kau...."
"tu lah jodoh namenye..hehe...", Kazu bersahaja.

bersambung............                    

4 comments:

Faarihin said...
This comment has been removed by the author.
Faaein Talip Roy said...

wah.. satu sekolah!... jeng.. jeng.. jeng.. makin menarik citer ni.. aku plak rasa excited..

casra untung dapat pi skolah agama.. aku dlu tringin nak msuk skolah agama.. tap result tak bagus.. camne nak dpt kan.. huhuhu..

penulisanpena said...

cik lumut..
cam mana saya nak masuk balik awaknyer blog..
saya dah lama tinggal dunia blog.. skrg start nak jadi silent reader... tgk rakan2 blogger active yang saya ikut dah hilang.. buat saya sedih... kalau ad terbaca comment saya nie.. please.. feedback di saya punya blog.. samsunshineo6.blogspot.com

penulisanpena said...

sedihnya..
saya sebenarnya sangat-sangat nak tahu kehidupan cik lumut.. terutama bila dah balik ke malaysia.. sebab pengalaman cik lumut sebenarnya banyak memberikan gambaran kepada saya tentang kehidupan.. yang kekadang tak saya lalui.. tapi dapat pelajarinya dari pengalaman orang lain.. tulisan cik lumut pun mampu menarik hati orang bagi pendapat saya.. yang mana setiap ap yang dinyatakan membuatkan saya terfikir kembali.. dalam pelbagai hal..

apa-apa pun saya tetap menyokong cik lumut.. dengan apa yang cik lumut pilih.. kalau cik lumut nak kembali ke dunia penulisan.. lagi tersenyum lebar saya membalasnya.. sebab penulisan cik lumut bagi saya sangat berharga.. n kalau cik lumut terbitkan novel jangan lupa inform pada saya juga.. ok take care too.. jangan terlalu banyak sangat fikir masa lampau.. nanti serabut.. :).. n see u again..i love u'r writing so much..